Terompah Spa

21 Aug, 2023

to 30 Sep, 2023

Terompah Spa

Kami mengalu-alukan pengunjung ke dalam suasana spa dengan tema Melayu Klasik dan terletak di luar kesibukan kota di kawasan kehijauan yang subur. Rangkaian perhiasan tradisional daripada pelbagai negeri dan budaya di Malaysia yang berbeza akan memberikan pengunjung pengalaman yang menarik. Bagi memenuhi permintaan untuk menyegarkan semula kesihatan badan, spa menyediakan pelbagai terapi holistik yang bersesuaian dengan keadaan pengunjung yang berkunjung.

Jemput Datang ke Terompah Spa.

Terompah Spa menyediakan perkhidmatan berikut:

  • Urutan badan menyeluruh untuk merehat dan menyegarkan.
  • Lulur badan, pupur badan, terapi muka, terapi mandian, terapi kulit kepala serta terapi haba.
  • Pakej spa yang bersesuaian direka khas buat tetamu wanita, lelaki, penutup pantang bagi ibu selepas kelahiran cahaya mata dan berbulan madu.

 

Promosi ITM:

Untuk Bulan Pelancongan Islam, Terompah Spa menawarkan pakej seperti berikut:

Islamic Tourism Special | 2jam 15min | RM250

Terapi tradisional melayu gabungan bertungku dan urutan badan menyeluruh dengan aroma minyak pati yang sungguh menyegarkan serta belaian lembut yang menenangkan dari kebaikan pati santan untuk terapi kulit kepala.

-Scent Ritual
-Signature Hot Compress
-Terompah Relaxing Massage
-Relaxing Eye Therapy
-Coconut Milk Scalp Massage

Butiran untuk dihubungi:

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di:

Tel: +6018-2714393
Website: www.terompahspa.com
Email: terompahspa@gmail.com

Other Promotions

Scan & Redeem Offers with Ease!

Click here to get your promotions, deals, discounts and more!