Masjid Al Khairiyah

21 Aug, 2023

to 30 Sep, 2023

Masjid Al Khairiyah

Masjid Al-Khairiyah merupakan masjid kedua di Taman Seri Gombak dan dibina bagi menampung pertambahan pesat umat Islam​ Taman Seri Gombak serta sekitarnya. Masjid ini telah dirasmikan pada 21 Jamadil-Awwal 1425H bersamaan 9 Julai 2004 oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Rekabentuknya berkonsepkan senibina Melayu dengan penerapan ciri-ciri binaan Islam. Pada asalnya ruang masjid ini boleh menampung seramai 4,000 jemaah dalam satu-satu masa namun penyediaan bilik-bilik kuliah, bilik seminar, bilik mesyuarat, pejabat pentadbiran, bilik nikah, perpustakaan dan sebagainya telah mengurangkan sedikit kapasiti ruang solat di masjid ini.

Pelbagai anugerah telah diterima oleh Masjid Al-Khairiyah dan ianya telah melonjakkan nama Masjid Al-Khairiyah setanding dengan masjid-masjid besar yang lain. Antaranya​​…

Anugerah Masjid Terbaik Daerah Gombak Tahun 2009, 2010 dan 2011

Anugerah 20 Masjid Terbaik Negeri Selangor Tahun 2014

Anugerah Masjid Terbaik Negeri Selangor Tahun 2015

Anugerah Tandas 5 Bintang Majlis Perbandaran Selayang

Other Promotions

Scan & Redeem Offers with Ease!

Click here to get your promotions, deals, discounts and more!