Masjid Al Khairiyah
21 Aug, 2023
to 30 Sep, 2023
Masjid Al-Khairiyah merupakan masjid kedua di Taman Seri Gombak dan dibina bagi menampung pertambahan pesat umat Islam Taman Seri Gombak serta sekitarnya. Masjid ini telah dirasmikan pada 21 Jamadil-Awwal 1425H bersamaan 9 Julai 2004 oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz Shah Al-Haj.
Rekabentuknya berkonsepkan senibina Melayu dengan penerapan ciri-ciri binaan Islam. Pada asalnya ruang masjid ini boleh menampung seramai 4,000 jemaah dalam satu-satu masa namun penyediaan bilik-bilik kuliah, bilik seminar, bilik mesyuarat, pejabat pentadbiran, bilik nikah, perpustakaan dan sebagainya telah mengurangkan sedikit kapasiti ruang solat di masjid ini.
Pelbagai anugerah telah diterima oleh Masjid Al-Khairiyah dan ianya telah melonjakkan nama Masjid Al-Khairiyah setanding dengan masjid-masjid besar yang lain. Antaranya…
Anugerah Masjid Terbaik Daerah Gombak Tahun 2009, 2010 dan 2011
Anugerah 20 Masjid Terbaik Negeri Selangor Tahun 2014
Anugerah Masjid Terbaik Negeri Selangor Tahun 2015
Anugerah Tandas 5 Bintang Majlis Perbandaran Selayang
Contacts
Location
Category
Others
Other Promotions
Scan & Redeem Offers with Ease!
Click here to get your promotions, deals, discounts and more!