AORA Spa & Wellness Jitra

21 Aug, 2023

to 30 Sep, 2023

AORA Spa & Wellness Jitra

Aora Spa & Wellness Jitra sebelum ini dikenali dengan nama Spa by Kak Piza adalah sebuah perniagaan pemilikan tunggal di bawah syarikat Has Sri Tanjung Enterprise ( AS 0277173-H). Bermula dengan menjalankan perkhidmatan berkonsep spa bergerak (mobile spa), rumah ke rumah,syarikat ini mula beroperasi sejak tahun 2005. Mengkhusus dalam perkhidmatan penjagaan selepas bersalin (postnatal care) yang menyediakan rawatan pemulihan dan penjagaan ibu selepas bersalin serta bayi baru lahir, Spa By Kak Piza juga menyediakan rawatan kecantikan lain.

Berpengalaman dalam bidang rawatan kecantikkan selama 17 tahun, pemiliknya Puan Hafizah Binti Ahmad Shukri, kini mengorak langkah meluaskan lagi perniagaan dengan menyertai Program Khas Aora Spa & Wellness dibawah bimbingan Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) MARA Merupakan revolusi perniagaan premis yang dibimbing oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Kini, Aora Spa & Wellness Jitra beroperasi di Kompleks Perniagaan Pelangi,Jitra. Perkhidmatan tradisional modern secara bergerak dari rumah ke rumah masih dilakukan. Antara rawatan yang ditawarkan adalah seperti urutan badan, bertungku tuam,pakej mandian, mencukur rambut bayi, rawatan wajah, rawatan kuku kaki & tangan,rawatan rambut dan perlbagai lagi. Rawatan yang disediakan adalah khusus untuk wanita.

Yakin,dengan pendekatan “Kecantikkan Bermula dengan Kesihatan,” syarikat berhasrat untuk memberi kesedaran kepada pelanggan-pelanggannya akan pentingnya ketenangan fikiran melalui rawatan-rawatan memanjakan diri seperti disediakan oleh AORA Spa & Wellness Jitra, kerana minda yang sihat mempu mengembalikan emosi yang baik.

AORA Spa Wellnes Jitra berharap dapat memberi pengalaman spa mengagumkan terhadap setiap tetamu.

Special Promotion! Aromatheraphy Massage & Facial Treatment.
FOC Sauna Herba.

Other Promotions

Scan & Redeem Offers with Ease!

Click here to get your promotions, deals, discounts and more!